Wednesday, July 22, 2009

ALBUM2 TERBARU DIPASARAN


Sorry kawan2.. lama tidak post blog sebab blog Astroboy ada problem.. corrupted kunun. My next post will be mengenai album2 terbaru dipasaran.. masalahnya..tidak dpt post gambar lebih dari satu.. ciss!!. Saya tengah cuba 'fix' the problem dulu. Once dpt post gambar,naah...saya akan start buka mulut..


But..saya mulakan dengan album baru Atama entitled "Bakakuk".


My immediate reaction..hmm adakah lagu & rentaknya sama? Tapi lepas tengok kulit cover & inlay..hmm style rambut dreadlocks..Bro,ko tau kah susah cuci rambuk begini. His Hip-Hop flavour masih ada and he mixed some rentak reggaeton in the album and ada sampling from lagu Eminem..but quite good re-arrangement of song.


Penyanyi jemputan Alvin a.k.a. Defoo(Infinatez) was actually brilliant. Vocally, menyanyi falsetto all the way is damn difficult. Cuma part harmonisation yang pelik sikit..mau cakap sumbang tidak juga.Here,..Astroboy dun like. Sorry bro. Gzell,.the female singer...oooh girlI think you can sing tapi why her voice nyaring and after a while I find very annoying tul. The vocal mixing is merimaskan. Dia boleh nyanyi tapi...Astroboy tidak suka sini juga.


Overall album, for local standard..the best music arrangmentand mastering so far. Not your typical KADUS album. Atama telah progressed but he needs vocal lessons. Even rappers need to have vocal lessons. 4 /5 stars (including cover..very cool). Worth buying. But please,beli yang original.. Do NOT burn copies. Those yang burn copies are non-cool, tak hip and no standard!! Astroboy ada standard..that's why I buy original.


Oh ya.. pihak polis juga tengah buat random check di kereta, berkas mereka yang beli cd ciplak! Mau kena tangkap? Tak standard lah kalokena tangkap kan.. so Buy The Original. Support our people.

Wednesday, June 24, 2009

NOT ENOUGH FUNCTION?

So ok, Sabah ni mempunyai bakat & artis2 yang kira not bad..but mostly 'baby' jika dibandingkan dengan artis2 lain di Semenanjung. Why? Disebabkan tidak cukup exposure.

Berapa banyak kah function2 yang memerlukan perkhidmatan artis Sabah, KADUS di Sabah? Konsert DBKK bulan Feb, Sabah Fest, Kaamatan ... apa lagi? To me, the artis themselves are not promoting themselves, that is where their manager is supposed to come and deliver. Apa gunanya buat album, gunakan duit sendiri pulak tu & tidak promotekan diri.

Hmm,..mungkin sebab itulah mereka rasa jika mereka minta bayaran RM50 untuk satu show,its part of marketing diri sendiri? Mungkin saya silap. Persoalan saya adalah, adakah artis kita sudah mencuba untuk mempromosikan diri mereka atau cuma berharap saja.? OK,buat performance di RTM, radio but mesti ada other ways to market themselves. Sebenarnya ada banyak cara untuk market artis kita. But then again,.. tidak cukup function untuk 'cater for all' if not untuk segelintir. Perlukah artis KADUS diversify? Sing with a band? Buat special appearance di pub or club? But then again,..artis KADUS cukup bersediakah atau after buat album cuma sekadar untuk memuaskan hati untuk keluarkan album. Ada yang macam tu..mungkin.

So, sebelum saya undurkan diri, ask yourself... what makes you special, better and stands out more than the rest.. can you be better than you were in 2008? Its about change. RM1000 itu tidak akan berubah, jika artis kita tidak mau progres and ubah.. maybe.

Ciao!!

Wednesday, June 3, 2009

PERFORMERS FEES...RM100 CUKUP KAH??

Recently during the launching of Felix Agus' Album "Aku Juga Iya".. YB Datuk Masidi ada stressed out that our local Sabahan artiste should demand better rate..dia ada bagitau yang satu artis Sabah yg popular cakap dia kena offer menyanyi tapi bayaran cuma RM50!!! Otukkk!!! I agree dgn datuk..


Kalau..sebagai contohnyalah ah..contoh.. Cik Rona Gelek (Ratu gelek Sabah..kunun) dijemput menyanyi..katakanlah sebagai contoh Konsert DBKK (kunun) dan bayarannya cuma.. well RM100.. Apa pendapat kamu semua..patutkah Rona Gelek dibayar RM100 untuk menyanyi 3 lagu untuk RM100? Ish, ish, ish!!

Come on.. kepada sesiapa yang mau jadi organiser untuk event sebesar state level... tanya diri anda sendiri.. Kalau penyanyi wanita.. kos minta pakai makeup =RM200... sewa baju yg cantik =RM200.. Kos set rambut=RM100, kos petrol =RM50 (tgk dimana lah..kalau di KB..nah..sudah RM70 pigi balik).. lepas tu organiser bayar RM100!!!??? Lepas tu..mahu tawar menawar pulak.. If ada organiser sebegini...kamu buli naik tingkat 8 wisma merdeka & terjun trus. Fart in the helmet and smell it!!

Kepada mana2..artis Sabah.. yang baru atau yang dah lama and kira hot..I think you guys should ask RM1,000. Kalau menyanyi dan dapat setakat RM100,..bagus menyanyi di wedding kampung ja.. dapat RM200 (angpow)..bagus lagi,..plus dapat free makan & minum lagi tu. Local event management companies/ organisers should allocate RM1,000 untuk setiap performer. Kalau ada yg offer RM100,..well..artis semua..kamu pakai saja baju t-shirt, singlet, jeans & selipar saja..tidak payah makeup, buat rambut etc... semua tu kos. Macam statement Datuk Masidi.. "kalau artis jemputan luar, bukan main dorang offer..RM3,000?/ no problem ja.." You think the Sabahan no good singers meh..?? excuse me.. Marsha, Felix, Linda, Esther, Stacy, Adam, Gary Chao, Mia Palencia.. just to name a few... If you say none.. then you can kiss my a$$ or ko buli gi rumah saya & cuci baju saya,..lap lantai & suci longkang dibelakang rumah!! And no sunblock allowed!!

Demand.!!.. if dorang cakap.."oh nevermind lah..saya cari yang lain.." Pigilah!! Kalau si Usal, Reno, Clarice, Ivey, Betcy, Danny, Ben, Ateng, Clare Petrus, Atama, Terry Peter,..dll...semua set harga RM1,000...tengok sapa yang organiser mo cari.. Cari penyanyi dari hutan ja lah... coz ramai penyanyi kampung pun handal2 belaka..(yang ini buli demand RM500). Our artis ada standard.. Kamu organisers ingat artis sekarang teda kos perbelanjaan..?? Vokal classes, bayar kereta, credit card, petrol, belanja dapur, susu untuk anak, tuition, facial, massage..(massage untuk relakskan badan,,..penting), beli rambut palsu..( jadi kamu ingat rambut palsu tiba2 ja jatuh dari langit??).

That standard should be set high..when?? NOW! Bila lagi.. when they are paid higher,..I'm sure they will give their best and the standards are high... Amacam..?? Ciao...


Monday, June 1, 2009

STATE LEVEL KAAMATAN

Congrats to Papar, KK & Penampang Unduks..! (Photos courtesy of GOGDS Photography)

Well, well, well.... selain daripada ramai artis KADUS yg hadir tidak kurang jugak other non-Kadus celebs yang datang. Secara jujurnya,..saya sudah 4 tahun tidak menghadiri Pesta ni..why? Because, I find it..monotonous,..mendatar..(ish..macam menyanyi ja)..bukan maksud saya begitu. Other than, mau cari parking yang susah butul.. kalo suruh cari kutu dirambut lagi senang.. Anyway,.. saya pun dengan hati yang besa-besa ja..pergilah ke KDCA. Nasib saya bijak..dapat parking di bangunan blok kedai yang baru sebelah Damai Club.


So Ok,..what is new? Teda! Cuma kawan2 saja yang baru. Secara jujurnya lebih menyeronokkan lepak2 diluar dewan daripada di dalam. I am not a beauty pageant fan,.. So I lepak2 diluar dan jumpa beberapa orang celebs:

Astroboy: Hey Alvin (Infinatez)! bila lagi ko sampai di KK?
Alvin: Oh baru jugak beberapa hari
Astroboy: Any shows?
Alvin: Ada last week tapi ko tidak datang..hmm
Astroboy; Oops sorry saya di atas Gunung waktu tu..you look better
Alvin: Thanks,..tengah jaga body kunun ni.. (uiseeh)
Astroboy: Napa mo ikut Mr Kaamatan kah ni.. tapi...
Alvin: Ya lah tu.. kalo saya tinggi sikit ,..saya mo ikut jugak tau.
Astroboy: Ohh.. I heard Atama featured you in his latest album Bakakuk? Apa lagu ko nyanyi sana?
Alvin: Miniagal Do Singsing.
Astroboy: Bah nanti saya pigi gerai Atama kijap lagi..GTG.. good luck!
Alvin: Orait! BBKK!


Lepas tu..saya pun masuklah kedalam Dewan..main curi masuk pintu tepi. The fun starts here kununlah. Sapa organiser Unduk Ngadau ni ah..? Huminodun Foundation ni kalau tak silap.. number one.. napalah dorang tidak sediakan big screen di luar dewan so that everyone outside can also tengok the show.. Ya lah memang dewan KDCA tidak dapat menampung semua, tapi apa salahnya ada one giant screen di luar.. hmm. Huminodun Foundation if you are reading this please do something tahun depan.

Performances,.. well I saw Joy, Danny & Evaristus...lepas tu...Joy , Evaristus & Danny,..pas tu,.Danny Joy & Evaristus.. err.. konsert Joy, Evaristus & Danny ke hari tu? I was told by kawan2 yang dorang tiga urang saja perform..eh..? HF (Huminodun Foundation) save cost kah dalam kegawatan ekonomi ni..? Saya harap dorang Joy, Danny & Evaristus kena bayar RM2000 each.. kerna nyanyi banyak lagu.. if not rugi oh.. Joy & Danny amacam? Sekarang sudah jadi artis panas..buli demand sudah tu.. gitu.

Emcee...odoi dogo! Ya ampun!!!! Dennis Primus sucks!!! OK dia seorang DJ, setahu saya lah..tapi emcee BM dia terabur & dont make sense.. contohnya:

" Beliau mempunyai bakat sedia ada untuk memasak!" OMG!! What is that? Dennis.. you mean the girl dilahirkan trus pandai memasak? Here is another good one..

" Beliau mempunyai bakat semulajadi untuk memnyanyi rentak R&B, Balad & Pop".. huahuahua..hampir terguling2 saya ketawa!! Ada lagi..ni siuk

" Beliau ingin menjadi seorang pakar jururawat.." What you mean bro? Nursing specialist kah atau jadi nurse..?

"Beliau ada bakat semulajadi untuk sumazau."...hahahahhaha..luculah Dennis ni.

"Baiklah..kita ada 5 peserta terakhir"..tetatpi atas stage ada 6 orang.. hehehehe..

Oh no Dennis.. better stick to emcee dalam Kadus..you are better there man!

MEETING ATAMA.


Atama was there promoting his latest album , Bakakuk... Oh..waktu ni saya baru saja kuar sebab tidak tahan dengar emceeing Dennis Primus..funny guy lah dia. I know Atama, or Andrew since...well over 15 years now..imagine tu.. So saya bagi support artis kita and bought his album .. Initially WHAT?? RM29.00 !! Atama mahal jugak ni.. He has more than 8 songs..with some remixes.. He has Alvin (infinatez) in his album as well as backup vocals by Gezelle (I think..dia ikut My Starz LG).. Executive Producer is himself. After listening to the songs.. RM29.00 is worth it. The mastering is good..arrangement lagu oun bagus dan seperti besa, Atama punya signature hip-hop kadus songs.. Ada 2 lagu rentak reggaeton which are my favourites.

Eehh..panat typing sudah..later saya buat part two.. ciao!

Friday, May 22, 2009

SUGANDOI 2009..OPEN FOR ALL?



Well, well, well.... mari Astroboy buka story for the day. Last night, for the 3rd time dalam sejarah hidup saya..saya pigi tengok Sugandoi State level. Last was the semifinals. Dengan muka yang tidak tahu malu, Astroboy telah menebalkan muka dan buat survey dengan lebih kurang 20 orang penonton..something like that lah.

Patutkah sorang artis KADUS yang panas dan popular mengikuti Sugandoi 2009? Cuma 2 orang cakap YA. OK. Firstly to Danny F Malinggi,..I like you bro,..nothing against you..not your fault ah.. Ingat..saya warning dulu sebab dari blog yang lepas,..Danny macam ada sensitif sikit. So..again..you did great! and nothing wrong with you menyertai Sugandoi.

Persoalannya.. Sugandoi committee telah membuka laluan untuk selebriti atau artis KADUS untuk menyertai Sugandoi tahun ini. Wow!! I hope next year, kita akan melihat lebih ramai artis KADUS menyertai Sugandoi supaya prestasi, & standard Sugandoi akan menjadi lebih tinggi..????

Competition seperti One In A Million (OIAM) menjanjikan habuan yang besar, RM1 million dari segi tunai, hadiah & recording contract. Pemenang ditentukan oleh fans / pengundi and not the judges. That is why Malaysian artist boleh join if they want because, no judging and no tendency of 'cheating',..i.e. Shafinaz may say" Oh,..Tomok join ye, I know him.. let's put him through to the finals. He is an artist what." But thank goodness..fans yang tentukan..so tidak ada persoalan berat sebelah akan timbul..EVER!

Tapi pada hal pulak dengan Sugandoi Kaamatan kita ni? Ia tidak menjanjikan hadiah yang sebegitu lumayan dan the pemenang ditentukan oleh judges..right? Jika Ivy Alexandra, Betcy Michael join..(in this case Danny F Malinggi)..adakah kemungkinan dimana ketiga-tiga judges itu mungkin dipengaruhi oleh naluri seorang insan,..saya kenal dia, dia artis yang hot..kita masukkan mereka semua ke peringkat finals? What do you think? Again, bukan salah Danny untuk join. Tidak ada sesiapa yang salah sini. Saya cuma mau buat discussion.


Pada pendapat saya secara peribadi,..jika format Sugandoi dibuka kepada artis KADUS, judges haruslah berasal dari Semenanjung, yang tidak kenal artis kita. Saya cuma takut ada unsur berat sebelah sebab tidak adil bagi peserta2 yang bukan artis , belum ada album & tidak ada cukup experience buat show atas pentas. Seperti saya katakan,..jika fans/ pengundi yang tentukan pemenang ,..then everyone has a share of the cake.

Next issue to discuss. Nampaknya pertandingan Sugandoi belum berani untuk menempuhi era 'change to progress, improvement'. Ada beberapa peserta yang membuat riffs, adlib yang baik..very 'now' and tidak banyak problems vocally, but yang masuk kebanyakan yang 'penyanyi konservatif'.. Stail yang sama, tidak berubah jika dibandingkan tahun 1996..era Everistus Gungkit. Stail persembahan yang 'aksi meminta ampun dgn angkat tangan ke langit', berlutut, duduk2 bersantai dipantai, lakonan menangis-nangis dan penggunaan vibrato yang over the top....odoi dogo!!! Tidak bolehkah KADUS majukan diri dengan memberanikan diri memberikan lagu2 tersebut nafas yang baru mengikut stail masing2? Kalau saya penyanyi yang mempunyai lagu sendiri, dan orang lain menyanyikannya dengan stail atau ryhtmn yang baru..daymn! I'm so happy! Well done to that person.


So conclusionnya... pendapat peribadi again..jika AJK Sugandoi open the book for artis KADUS to join..why not! I hope Ivy, Reno, Betcy, Filix Don etc join...baru lah macam konsert PERTISA.. level yang tinggi. Peserta2 yang lain terpaksalah meninggikan prestasi mereka sebab, mereka kan 'amateur', mana boleh lawan pro.. I wonder apa perasaan peserta2 yang lain bila mengetahui yang DFM ikut Sugandoi..(Danny..ingat bukan salah kamu ah..) So..what do you all think??

Lastly..OMG!!! sapa yang kasi pakai contestant wanita, eye shadow putih!!!!!

Monday, May 4, 2009

COVER ALBUM LAGU SABAH











Bagi saya, kita sudah berada dlm tahun 2009..namun banyak betul album cover dusun kita tidak banyak perubahan. Konsep, layout, fonts, photo, pakaian etc bagi saya cukup menyedihkan. Dari segi marketing & publisiti,..album cover is one of the most important element untuk menggalakkan orang beli. Seperti seorang wanita yang cantik. Lelaki biasanya suka tengok wanita yang cantik. Tipulah lelaki itu jika dia cakap " personaliti lagi penting."Memang betul tapi kali pertama berjumpa, mesti mata yang memandang dulu, lepas tu barulah hati..

Sebab itu, ramai sudah kita pandang menggunakan statement " wah dia ada complete pakej." Apa maksud kamu? 1) Suara yg baik 2) Penampilan/cantik/ hensem 3) Persembahan. Of course, ada yang mempunyai suara yang cukup bagus tapi tidak ada pakej. Napa Ivey Alexandra lebih popular daripada Clare Petrus Edwin? Dua2 vokal yang baik.. selain daripada itu apa? Yes,..kita judge dari segi rupa & penampilan.

Balik kepada cover album. Bagi saya,..producers naikkan taraf & standard dari segi cover album. Sabah ada ramai very talented photographers & graphic designers.

My favourites yang standard quite good are:
1) Terry Peter- Melting Pot
2) Danny F Malinggi
3) D'Prince
& maybe 1-2..

The rest..aduhh... sedih. Ingat ni saja..tahun ini adalah tahun 2009 bukannya tahun 70an.. ulang 2-3 kali. Kamu nilailah sendiri. Please don't talk about budget. To produce a good cover & lousy cover sama kos saja tu. Ikut ada inisiatif saja. Ciao!

Tuesday, April 28, 2009

KENTE REUNION MINI CONCERT!

Well OK,ini suggestion sajalah. It is a shame jika KE let go the event begitu saja. What happened to Carrey, I miss Carrey. Apa Marlenney buat sekarang? Saya cadangkan satu mini konsert reunion dimana artis2 KENTE buat performance balik and mungkin jemput beberapa 'wildcard' performers yang tidak berjaya tetapi memberi impak waktu saringan. OK,OK..buat event perlukan sponsor. I suggest jumpa Spritzer, F&N, Carlsberg Msia etc. Dorang ni selalu boleh bagi sponsor for events.

Lagi suggestion: Jemput few recording studio/management untuk hadir sebagai tetamu khas. Why? ini akan berikan finalis peluang untuk cut an album! Naahh amacam?

KE can collect wang juga if you deal with Pusakag Cafe sbg contoh, mark up harga minuman e.g.extra RM2.00. Ini masuk tabung KE. So,..no cover charge.

Also, biarlah malam tu jadi konsert interaktif dimana finalis pun buli menyanyi bersama penonton/penyokong mereka. "Sing With Your Finalist" kunun.. make it as one big party. Makanan buli get CSK to sponsor. I approached them dulu & dorang buli derma tapi give them time, 2 minggu advance.

Get the panel jury to sing!!! Go Monica Ongkosing!

Plus buatlah "Reunion Concert,KENTE Give Back". Konsert sambil buat amal! Untuk Seri Mengasih kah, KASIH, Cancer Association kah, Tabung Astroboy kah (hehehehe).. If Carrey boleh donate, why not kita semua??

Conclusion: Penyokong happy, finalis happy & ada peluang cut album. Astroboy pun happy sebab ada peluang mengkritik / komen lagi..huahuahua!!!

Tuesday, April 21, 2009

You Make Me Feel Brand New- Defoo(Acoustic Version)



Harap you dun mind I post this cost I personally love this song by the Stylistics..sang this before too.. Lovely.

Superman by Mia Palencia



Amazing sultry & raspy voice. Our very own St. Franciscan and Sabahan girl.. Anyone has her number? Saya tahu dia performing with Roger Wang at the MIRI Jazz Festival soon.

Sunday, April 19, 2009

BIG HAND TO KENTE COMMITTEE

What can I say.. Berikan tepukan gemuruh kepada semua ahli..(clap,clap,clap..peeeweeett!) Aturcara yang cukup baik. Barisan artis jemputan yang cukup diverse in genre. From classact of Ivey, to upbeat Terry Peter, to mellow Deefoo & rockin' Jiaja. Change from one emcee to another on Q. Overall 2 thumbs up guys! So now what happens next?? Our weekends now cukup boring!!

Saturday, April 18, 2009

KENTE Photos











Well done KE,..although ada small 'masalah' dengan prize giving overall well done.

Friday, April 17, 2009

KENTE FINALS - THE WINNERS.










Champion - Carrey
Runner Up - Feraddy
2nd Runner up - Alfred


Tapi, ini adalah pandangan saya, Carrey is a great & humble guy but last night maybe he should not have won. Carrey adalah my top 5, because saya rasa dia ada potensi untuk menang. Tapi, bila dia menang,..saya tidak puas hati pulak.. Konsep KE Next Top Entertainer is to find the best entertainer. Carrey is an entertainer but vocally semalam dia overcooked it. Why?

Dusun Song:
1) Most of the time saya tidak faham apa yang dia nyanyikan. He was 'chewing' his words. Dia seakan-akan sedang chewing gum sambil menyanyi. So dari segi competition amat penting untuk kita memahami apa yang ingin beliau sampaikan. In this case, saya disappointed because vocally he is good, no doubt. Furthermore,..dia nyanyi dengan loghat 'orang putih'..Bro,..lagu dusun no need mau slang-slang macam orang putih kio..jaga2 sikit next time..siou.

2) Aduh judges, tidak dengarkah pitching dia terlari. Few times dia sumbang habis. Some of the audience look at each other and garu kepala. I said 'oopss' beberapa kali..Oh no bro,..what happened?

3)Overdoing it - It's a very nice song and arrangement pun bagus tapi bila dia nyanyi, dia senyum happy all the way. Lagu tu lagu sedihkah? or love song or lagu happy? I dont understand sebab penyampaiannya tidak jelas..'chewing' the words. It's unfair for the judges to komen penyanyi yang lain kerana tidak menghayati lagu, tapi Carrey pulak yang tersenyum gumbira, no bad comments.

English Song - Geek in The Pink (Jason Mraz)
1) The minute Carrey buka mulut, kalau saya judges, saya trus tidak dapat bagi markah tinggi. Why? Sumbang. Banyak pitching out. (Watch the video back, kalo tidak percaya).

2)Lagu Geek in the Pink have 3 main components, melody, scat singing & rap singing. Melody singing dia ok but sumbang in most places. Carrey,,oh carrey..janganlah scat kalau tidak expert betul. Judges unfortunately not familiar with scat singing sebab none yang bagi komen. But my challenge to him is to do it again in the future. I'm sure it'll be better. Terima cabaran ini carrey,..you can do it!

Scat singing adalah improvised, the melodic lines biasanya variasi dalam skala and arpeggio fragments, stock patterns and riffs. As well, scatting usually incorporates musical structure. Bila scat mesti ikut tempo music and scat note to note. Carrey so sorry,..you suck a bit in the song. Scat tanpa ikut tempo is not scatting at all.

Overall,..you all can buat postmortem bila tengok balik video malam itu. Be honest. I like Carrey, but he didn't do justice to himself. Maybe becoz I have high expectation on him. Kemenangan beliau adalah disebabkan oleh stage performance & the judges apparently like him so much sampai tidak nampak his weaknesses. But he was entertaining.. the whole purpose of the event, right?

So,..siapalah yang patut menang, Astroboy?

Feraddy patut menang. Dalam kedua-dua lagu beliau, note pertama yang keluar dari mulut amat penting. He sang brilliantly. Ada 1 or 2 pitching lari but it's ok. He was overall brilliant! Saya tidak kenal Feraddy at all. Nama penuh pun tidak tahu..oppss sorry. But bro, your dynamics in several choruses were commendable. Feraddy supported low register beliau gunakan diagraphm dgn baik.I think it was a C3..and Monica, balik2 cakap perut..mana ada support gitu. High register beliau G4 is not easy to do, especially bila buat sustain & vibrato dihujung. Ini you need skills. Carrey langsung tidak ada tunjuk vocal ability. Feraddy also did few riffs yang sangat bagus. In fact, lagu yang dinyanyikan oleh beliau, iaitu lagu Danny Malinggi adalah jauh lebih baik dari tuan punya lagu..sorry Danny.

Georgia Joy,..her voice menggemakan dewan!! Untuk seketika, dewan trus senyap ni.. I thought she had a chance to win third placing. Pitching only ada satu dua dalam lagu Matahari..but overall her performance was very good. Better than Carrey dari segi vocal prowness.

Alfred - Third place..memang lagu rendah dan tidak begitu mencabar sesuai untuk beliau. Not many mistakes but I don't see the hype. Maybe beliau menang markah yang tinggi dalam presentation kot? hmmm,.. I dunno.

Laimen @ Bernard - Another contestant yang patut ada placing, at least ketiga. Jury cakap, tidak cukup penghayatan? Odoi dogo Cosmas Chin.. cuba rewind balik the tape and judge again. I think he has given his all dalam lagu tu without overdoing it. Maybe jury mau semua contestants buat macam Carrey,.. gunakan setiap inci pentas. Excuse me panel juri,..ini year 2009 lah! Mariah Carey, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Brian Mcknight ..dorang semua bukan jenis berlari-lari bila menyanyi. Diana mentioned, 'Bila kamu keluar dari stage maksudnya kamu dah tamat menyanyi, that is singing/stage ethics'??? Astaga Diana, where on earth did you learn that? Bernard was making clothe change, Britney Spears, Whitney, Mariah, Siti, etc pun keluar stage kijap untuk tukar baju. Diana mentioned ' Napa tidak tukar baju saja di atas pentas?' Otuuk otuukk... There are no hard and fast rule to change costume selama 10 saat. Bukannya 5 minit kami menunggu dia tukar costume.. Gimmick bogia tu. Saya rasa panel juri potong markah beliau disebabkan oleh itu. Maybe,..wo puh tze tou.

Jisius - Vocal yang sangat baik. Voice projection yang bagus, showmanship yang kadang2 tidak well choreographed but overall very good. Vocal control, much better than Carrey. Ada pontensi top 3 but maybe judges cari package? But Jisius unfortunately cannot dance. Sorry bro. Mau ambik kelas tarian. Panggil saya, saya pun mau join.

Hary - He, to me ada appeal tersendiri. Dia boleh menyanyi dengan baik. No problems in pitching like Carrey. Very Indon-style. Beliau tidak perlu bergerak terlebih, tapi he made an impact. The girls love him. Likeability yang tinggi. He is better than Alfred.

Conclusion:
I was disappointed in Carrey sebab he was my favourite, huhu. Dia tidak dapat deliver dengan baik, vocally, sebab I dont understand a word he was singing, sumbang & pitchy in many parts. But untuk beliau menang sebegitu bila dibandingkan dengan yang lain. Well,....he was surely entertaining..for sure..congrats bro!

My personal true winners based on 40% Vocal, 40% Showmanship 10% Costume 10% Rythmn/Pitching:

My Champion - Feraddy
Runner up - Bernard / Carrey
2nd Runner up - Joy atau Hary

Ciao!

SIAPAKAH YANG AKAN DINOBATKAN KE NEXT TOP ENTERTAINER 2009??






Minta maaf kepada yang lain sebab saya tidak sempat bertemuduga dengan kalian..Sudah 3 hari saya sakit. In fact hari ni pun masih sakit, saya lurang pasti jika saya dapat menghadiri KENTE Finals malam ini. Siapakah yang akan menang? Well ini adalah ramalan saya sahaja.. semua orang ada pilihan masing2. Ini based on vocal & performance sahaja:

My Top 5 in random order: Carrey, Bernard, Joy, Harry, Feredy.

I hope dorang telah buat pilihan lagu yang baik.. ALL The best to all!

Wednesday, April 15, 2009

KE Next Top Entertainer - FINAL!!


LAIMEN @ BERNARD


AB: You are a favourite dalam competition ini. Kalau ada yang betting, ramai mungkin bet kamu akan menang. Apa pendapat kamu?
B: hahhahahaa..no komen..beginilah, dorang yang lain pun sama hebat. Setiap ada kehebatan masing2 & ability,..Bagi saya perform saja yg terbaik. Lagipun pihak juri ada, and we don't know apa yang mahu dalam pemenang KENTE. Jika rezeki tak memihak, macam mana kan.

AB: Betul,..OK, ada apa-apa persediaan yang dibuat menuju kemuncak finals bisuk? Buat kelas vokal tiap2 hari kah, berjogging, urut leher, yoga?
B: (Gelak lagi..) Preparation macam gitu teda..Cuma saya tidak makan pedas, elakkan kan lah dan paling penting mesti tidur cukup..tu saja..

AB: Hah,..kostum. Adakah Bernard akan memakai sesuatu yang 'bling-bling' atau simple ataupun sesuatu yang akan mengujakan seluruh pelusuk Sabah ini? Ko tidak berbogel bah kan?
B: Itu surprise..mesti datang tgk mlm esok. Tidaklah sampai menjolok mata.

AB: Bah,oklah tu! Ada sesiapa special kah yang memberi galakkan, support untuk kamu bergiat dalam arena ini?
B: Semua,..terutamanya my family first and then kawan-kawan.

AB: Lastly, kalaulah ko menang, kau janji belanja saya makan di Pacific Sutera Hotel ah..huahuahua.. So, kalau ko menang..?
B: Hahaha... Belum tahu apa mau buat lah... Saya sebenarny tidak mahu day dream, menagn atau kalah. Kalau apa2..yg penting, semua berjalan dengan lancar. Put it (menang/kalah) aside first.

AB: Orait Bernard,..all the best. See you tomorrow.

B: OK..bye.
(Image courtesy of Gidong Photography..TQ)




GEORGIA JOY

AB: Joy, kamu adalah diantara favourite dalam competition ini. Apa pendapat kamu?
B: hahhahahaa..jan gitu bah,.takut saya mau jawab. Jangan kasi saya soalan susah2 bah. Tapi perasaan saya...tambah saya begagar tapi happy jugalah cos ada juga yg mau saya menang.

AB: Betul,..OK, ada apa-apa persediaan yang dibuat menuju kemuncak finals bisuk? Buat kelas vokal tiap2 hari kah, berjogging, urut leher, yoga?
B: Kurang makan bosou, (ee..funny pulak pompuan ni)tapi kuantiti tuk bambangan masi gitu juga,..hahaha. Ok serius. Buat latihan nyanyian tiap2 mlm, di samping 3org pengkritik tetap saya d rumah,(waah!! ada advantage dia ni) Air suam? jogging tedalah...mcm biasa ja..tidak ada pantang larang..Jangan minta kana ujan ja lah (palis2).

AB: Hah,..kostum. Adakah Joy akan memakai sesuatu yang seksi ala Mariah carey? atau simple ataupun sesuatu yang akan mengujakan seluruh pelusuk Sabah ini?
B: Pakaian prepared by Martin Buguk. Tunggu & Lihat..

AB: Set!! Ada sesiapa special kah yang memberi galakkan, support untuk kamu bergiat dalam arena ini?
B: iya.. Of course cinta karas sa c DFM & my parents.

AB: Lastly, kalaulah ko menang, RM1,500 tu macam mana ko belanja? Kalau lah menang kunun...who knows.
B: Amen...RM250 bagi daddy, RM250 bagi mommy.. yang balance ..shopping!


AB: Waah, anak yang baik! All the best. See you tomorrow.

B: OK..bye.

Sunday, April 5, 2009

ATTITUDE MANUSIA

Blog odoi dogo adalah semata-mata mau "test the water"..mau tengok samada budaya kita dapat menerima komen-komen samada dari Astroboy mahupun visitors dalam blog ini. Posting pun adalah komen-komen yang jujur dari kaca mata orang serta komen-komen yang Astroboy kutip semasa apa-apa pun event, wawancara, temubual, cerita kosong dengan orang-orang yang Astroboy kenali. Kaum KADUS selama ini, bagi saya, setahu saya lah belum pernah 'dihidangkan' dengan kritikan ataupun komen-komen secara lisan.

Betulkah tidak, apabila artis kita naik pentas dan membuat persembahan, kita duduk, dengar dan kagum dengan persembahan mereka? Ataupun, kita menjadi pengkritik? " Astaga baju si anu tu..odoi dogo..! kenapalah dia pakai begitu? Alamak, nyayian si anu tu, sumbang lah? Happened to you? Are you one of them? Ya,..saya memang macam tu.

This blog..kalau dilihat dari segi sudut positifnya...adalah 'challenge' kepada artis kita untuk membuat keputusan yang senang..ingat 20% tu adalah diluar kawalan kita. 80% pula adalah bagaimana kita membuat keputusan seterusnya. Ada artis atau orang biasa2 lah..kalau dikritik akan...lawan balik & berdendam. The end result, bergaduh, bersengketa tetapi pada umbi kritikan itu,..artis atau orang tu tidak dapat menerima suggestion untuk buat perubahan yang positif pada diri beliau. Kalau, pada mulanya dia selalu menyanyi sumbang atau membawa lagu nada tinggi tapi selalu...astaga tidak kesampaian.. Kita komen, "bah,..cuba bawa lagu yang tidak terlalu tinggi,..atau berlatih lagi"... Naaahhhh!!!! Yang tidak boleh atau tidak inginkan peningkatan akan ,..lawan balik. End result... masih sama juga seperti dulu, no change masih sumbang atau masih memakai pakaian yang teruk atau penampilan yang amat tidak sesuai.

Tapi the other group, lepas kena komen atau kritik akan menilaikan kritikan/ komen.. kemudian tanya diri sendiri atau consult his/her best friend.."eh, betul kah?" Beliau yang positif akan buat perubahan yang kadangkalanya drastik tetapi kebiasaanya membawa kesan yang positif. Syabas,..saya salute orang tu.

Jadi,..mana satukah kamu? Atau mana satukah label yang kamu inginkan orang labelkan diri kamu? Yes,...kawan2 ku..semua orang label diri orang lain..termasuk saya.. Yes,..saya adalah diantara orang yang teramat jujur. Kalau baju kamu tidak sesuai,..saya terus terang cakap. Kamu tanya, jadi saya bagitaulah..napa pula mau marah saya kan?..hahhahaa..

Eh,...mana sudah saya ni.. oh ok.. Jadi...blog ini 'dijanakan' untuk melihat dan to experience setakat manakah character visitors, followers kalian..dalam blog dan juga bila bersua diluar.. ada yang mula curiga siapakah Astroboy... ada yang mempunyai reaksi yang positif..tapi to my surprise...tiada yang bereaksikan negatif..Yeah!!!! kaum KADUS ada harapan...setakat ini lah.

Komen2 kamu , serta chat kamu semuanya very postif... dan tingkahlaku diluar pun tidak menunjukkan sebarang 'hostility atau sikap dingin... Keep it up.

Napa mau konpiuskan orang, jika ramai yang sudah agak siapakah Astroboy.. mau test the water,..sebelum terjun,..mau check dulu ada buaya kah tidak..huahuahua.. Manalah tau nanti, minuman kena racunkah, kereta kena garit sini-sana.., kena tikam pakai garpu kah... Blog ini juga telah sedikit sebanyak membuka mata Astroboy, siapa yang OK, siapa yang not bad,..tetapi overall, semuanya BAIK!!

Saya akan stop blog untuk sementara waktu...... will come back soon. Ciao!

Message terakhir,.. Orang atau kawan anda yang paling baik sekali adalah mereka yang amat jujur kepada anda. Kalau kamu nampak comot tapi dia cakap,."ok bah" means..dia tidak peduli sama kamu tu. Astroboy tidak macam itu.. I tell the truth..samada kamu dapat terima..itu different story.. Bye!!

Monday, March 30, 2009

ARTIS SABAH TIADA PACKAGE??

Siapakah artis popular Sabah sekarang selain daripada artis keluaran program realiti yang boleh kamu katakan ada package yang complete? Seriously..? RM2,000??

1) USAL JON GAVIS - Perlu kuruskan badan. Cara pakaian kurang menarik. Perlukan penasihat fesyen & grooming yang baik.

2) IVYE ALEXANDRA - Kadang2 'fashion victim'. Makeup& grooming kadang2 ter-over tapi perlu belajar public speaking. Badan OK but can be better.

3) DANNY MALINGGI - One word, Diet. Bagus suara tapi penampilan kurang menarik. Kalau dah digelar artis, bila keluar disana biarlah nampak macam 'artis'.

4) BEN SAIMON - Penampilan sangat sempoi..mcm bukan artis. Ada rupa walaupun pendek. Perlukan bantuan penasihat secepat mungkin. Tidak perlu diet. Perlu belajar stage ethics & public speaking.

5) PETER DICKY LEE -Veteran yang masih ada sambutan tapi perlu tukar style rambut 70-an tu, penampilan & pakaian.

6) HAIN JASLI - Diet! Penampilan & pakaian. Perlukan penasihat fesyen yang baik. Rambut!

7) GEORGE LIAN - Diet juga! Good singer tapi odoi dogo..penamilan beliau amat bersahaja & no sense of style. Walaupun dah berumur tapi mesti ada initiatif untuk tampak segak.

8)FRANCIS LANDONG - Diet!! Napa ramai yang gemuk2 ni? Penampilan pun tak 'attractive' langsung.

9) ATENG - Pakaian tak sesuai sangat lah bang. Ini yang buat artis Sabah tidak begitu menyerlah. Tiada aura walaupun suara bagus.Tidak cukup.

10) CLARE PETRUS EDWIN - Suara mantap tapi PR not so good. Penampilan kadang-kadang tidak bersesuaian. Grooming kadang2 silap..stylist silap buat kah?

11) PHILIX DON - Tinggi lampai tapi dress sense pun tinggi ke awan. Mungkin dia ingin buat statement..hmmm..

Apa pendapat kamu semua? Adakah saya silap? ...

Thursday, March 26, 2009

KENTE 4 _Part 2

Elton John Kadau dari Keningau dan Laimen Micahel @ Bernard berjaya memasuki ke final..tahniah. Tapi kamu perasan kah tidak? Bila Elton mendendangkan lagu Ferhad & Laimen menyanyi lagu Indon, Sampai Ke Hujung Dunia, sytle menyanyi sangat sama. Kecuali Bernard menang dengan pergerakan tangan ala Mariah Carey.. namun Laimen dapat menarik minat ramai orang malam tu. ‘Kakak’ yang duduk depan saya bukan main kuat bersorak sambil melambai-lambai tangan.

Balik kepada juri.. mereka bagi pendapat Astroboy, patut beri komen yang pedas sikit. Come on..be real lah. Ini cakap sangat bertata tertib, beradap berabis ni…macam bercakap dengan paderi! Cubalah pro sikit, tegas tapi tidak terlebih batas hingga mengutuk. Tapi apa salahnya mereka kutuk,..naah!! KE terus panas! Meriah & riuh gila babi..

Saya cuba kunun jadi expert dalam induxtri muzik.. apa yang kita cari ah? Looks & talent. Panggil lah saya apa yang patut, shallow kah, diskriminasikan orang dll. Tapi memang betul (jangan tembirang).. fans, mostly lebih cenderung menyukai seorang artis yang complete package. Heat 4..aduhhh.. Few ada talent...penampilan..odoi dogo please. Yang kot2..bertie.. ok good job tapi,..kalau package tidak ada amacam tu?

So.. Ok.. Robbie Angkangon & Usal Jon Gavis jadi pengacara.. Different..bah oklah.. Bagus! Ada kelainan sikit saja lah.. Robbie sememangnya kelakar..tengok saja mau tersenyum. Usal pulak..need to diet..hahaha.. macamlah saya ni tidak perlu sangat. At least saya bukan artis… Tengoklah si Reno tu..dia sudah kahwin kah tu? Kalau belum, napa begitu..sihat sudah. Sebagai seorang artis bukankah mereka patut menjaga penampilan mereka sebab selalu jadi perhatian peminat, general public. Kalau mau trus menyihatkan badan, nanti kurang dalam sambutan buat show... Reno, ada package.. dun waste it bro.!

Baiklah,..oleh kerana appendiks sial ni, saya tidak dapat hadir tengok Heat 5. Duduk rumah tengok Konsert AF sajalah..sambil makan kerupuk.. Ciao! Ooohh..mungkin saya akan memberanikan diri untuk kontek sesiapa yang buli tolong saya buat ulasan Heat 5. Boleh saya call? Neves!! kakaka..

KENTE 4

Boooorrrriiiinnngggg...... maybe disebabkan tiap kali pigi tengok.. emcee naik stage, boy naik stage, menyanyi, emcee interview, boy jawab, panel juri bagi komen. Mari cerita pasal juri. Kenapalah dorang ni bagus sangat. Bila pompuan 'kampungan' tu nyanyi 'Last Christmas'..seriously..dekat sudah saya mau mulakan pertandingan baling beer. Juri cakap..(kamu tahu siapalah).."kamu berani..,kamu belum berapa bersedia untuk pertandingan macam ini". Hellooo...? Napa tidak terus terang sama dia yang dia tidak pandai menyanyi? Kesian budak tu.

My favourite, si Farina kah namanya tu..(saya duduk low profile dekat toilet).. kenapa dia tidak dapat masuk? Diana the juri bagi komen yang memberangsangkan..tapi..? Nasib tidak berpihak kepada beliau..

Tuesday, March 17, 2009

DEDAH ATAU TIDAK DEDAH


(Guest Blogger this month is - Wonder Woman)

Apa khabar semua? Amacam nak jadi lebih popular, melatop terus? Haruskah kita lebih mempopularkan artis artis Sabah?




Akak ada beberapa cadangan kat blog Astroboy:

1) Skandal & Kontroversi. Kepada wanita mengaku di surat khabar yang kamu ni seorang
lesbian (saya rasa taklah menjadi masalah besar,it's cool) . Skandal dengan YB, Datuk ,tak mainlah. Skandal dengan imam ke, paderi ke, ketua kampung ke...popular siut! Skandal yang ada dua laki...oooiiii panas giler! Part-time callgirl'... naaahhhh nescaya panas. Yang lelaki pula, buatlah skandal sebagai ToyBoy kepada artis popular Malaysia atau Indon. Artis lelaki gilakan seks! Ini yang Akak suka sangat! Artis wanita menumbuk wartawan Daily Express..ganas! Artis lelaki melakukan seks rambang didalam tandas awam! Seperti kata Astroboy..Odoi dogo..boleh ke?

2) Yang ini favourite Akak. Kaki botol- Artis wanita & lelaki didapati selalu bermaharajalela di Shenanigans, Cocoon, Bar Su .... didapati muntah ditepi jalan, atas meja, terbaring di kaki lima.. Artis wanita pula gemarkan minum Chivas, siopon, lihing Tambunan! (Akak pernah cuba waktu dijemput mengandam kat situ..Akak suka sangat hingga lupa diri) wah ewah..panas tu. Artis lelaki diberi penampar bila mencuba merabah buah dada wanita kampung...astaga! Cukup bisa. Biasakan diri dengan selalu minum arak supaya kamu mendapat label Artis Kaki Botol Yang Melampau. Insyaallah dapat perhatian reporter.

3) Pakaian - Dedahkan lebih! Artis wanita pakai
baju singkat and amat menonjol terutamanya
menonjol buah dada sikit ala Jennifer Lopez,
Janet Jackson, Britney...mak datuk panas! Pakai
skirt singkat sehingga ternampak seluar dalam putih...piwwiiitt!..Akak suka sangat. Tengoklah Akak. Body lawa, pakailah, tunjuklah. Apa salahnya?
Amboi yang ini,kalau ada lah yang berani,bagitau Akak yeh. Yang lelaki pula,memakai seluar yang 'transparent' yang menonjolkan 'kelelakian' anda. Kalau yang ada instrument kecik, isi dengan tisu atau stokin... senang, meriah terus! Pakai pakaian yang terover 'bling-bling'..tiap kali buat show, ramai yang hadir gerenti memakai kaca mata hitam..silau! Popular tu. Ya Rabi, Ya Tuhan.. engkaulah 'Trendsetter' Sabah.



















4) Vokal & Tarian- Nyanyi biarkan selalu sumbang ye.. baru semua penonton kutuk habis.. popular juga tu.. Kamu ingat mereka2 yang menyanyi bagus, lontar vokal yang baik..ada orang ingat? Cuba menyanyi sumbang, pitching berterabur... wooh Akak gerenti mereka akan ingat. Tarian pula. Ini speciality Akak Wonderwoman. Suka sangat. Menari.. kalahkan Philix Don (Akak nampak beliau nari tahun lalu,..amboi kalahkan Kak Nita yu), cuba kalahkan Britney spears..biarkan terover giler..mesti anda si jadikan buah mulut di khalayak ramai. Melalak macam hantu jembalang,"are you okkkkkk..?!!!!" Insyaallah..kamu akan jadi lebih gempak siut!

Dah lah tu..Akak rasa ini lah saja yang dapat akak 'share' ye, yang terfikir untuk hari ini.. Yang lain..sila beri pendapat anda...kalau berani.. terutamanya kepada mereka2 yang..... well..apa saja lah. Panaskan blog ni ye..

Patutkah artis Sabah dipopularkan lagi..Adakah artis kita terlalu goody-goody? Adakah skandal & kontroversi boleh meningkatkan populariti? Jawaplah..