Friday, March 6, 2009

ULASAN KENTE HEAT 3



One word.. 'Well Done'..eee.. 2 itu. Syabas kepada AJK KENTE. Semua emcee sudah rasa 'feel' sebagai seorang emcee..lebih lancar and more prepared. Rasa gementar kamu teda sudah kan..naahh..


Sumpit nampak lebih ceria, confident & prihatin especially bila lagu tersekat beliau trus naik stage dan interfrem..well done Sumpit.

Ayuki pulak,..ooii amoy, ko patut buat kerja ni secara part-time ,..buli buat extra duit terutamanya dalam zaman kegawatan ekonomi ni..nanti saya tulung promote ko..bagi saya 30% ja..hahaha..eleh..saya pun mo duit lah..

I like Pirut lah!! Spontan & natural... baru dia naik stage ramai sudah (yg saya notice lah) mula tersengeh.. keadaan di Pusakag mula2 macam resam ja..maybe crowd mlm semalam tidak berapa happening..mungkin . Tapi si Pirut berjaya bermain dgn audience justeru semua mula loosen up dan ketawa.. Dia ni pelawak juga, ada yang cakap comel, gatal, memberahi.... hahaha.. bagus! Semua kualiti seorang gigolo..oopss.. salah ..emcee (jgn marah ah Pirut..hehehe).

Penyanyi2,..ermmm.. masih terdapat segolongan yang masih tidak prihatin dengan komen2 juri dari dua heat yang lalu.. Dorang patut..sekurang-kurangnya datang dan lihat persembahan yang lain supaya dapt tips how to improve. Tengok pakaian peserta yang lalu,..tengok dan study persembahan dan penyampaian lagu. Mungkin dorang outsation pulak kan.. but still datanglah satu heat.

Ada 4 peserta yang saya rasa boleh masuk dan ..yes.. crowd favourite Harry masuk ke final. Harry membawa lagu amat bersahaja tapi budak ni ada charm, crowd pleaser. Joy pulak ada aura dan of course vokal beliau cukup mantap dan penjiwaan yang lebih baik daripada yang lain.

Komen juri - hahaha yang ini saya konpiuslah kalau saya peserta. Puan Monica Ongkosing kata " your long note tidak berapa baik, perlu diperbaiki dengan dengar suara sendiri. Bila note rendah, bagi support perut".. hah..?? Long note adalah note yang ditarik lebih dari 4 counts atau 1 bar.. atau dalam that particular song mungkin 2 bar. Untuk improve your long note,..cuba latihan 'hissing'... cuba buat bunyi 'ssssss'.." yang panjang, temukan baris gigi diatas & bawah. dan buat bunyi ssss dengan satu hembusan nafas sahaja. Bila kamu dapat buat selama 30 saat bagus tu! Saya boleh buat selama 55 saat..hahaha siapa buli kasih kalah saya, saya belanja minum di Pusakag! Hah praktis selalu mudah-mudahan long note kamu akan lebih baik..



Bila beliau cakap note rendah itu adalah 'low register'. Low register & high register mesti kena support gunakan diagphram..organ diatas perut dibawah paru2 dan bukannya perut. I wonder puan Monica tahu kah tu atau tersasul cakap... Style puan Monica adalah style zaman dulu dimana beliau amat titikberatkan 'vibrato'. Dalam lagu rancak, mana boleh gunakan vibrato dgn banyak..weird nanti. Walaubagaimanpun belau ada experience, so i cannot komen sebab semua berbeza style.. comment is just a comment,..

Pakaian peserta - ada improvement. Yang peserta lelaki Jorge..adeh.. bertopi, berjaket leather, berselendang.. odoi dogo! TMTH (too much too handle).. sudah lah panas stage tu.. saya rasa dia mau lose weight kot.. mau kasih kuar peluh.. Pas tu ada adegan teledrama pulak..atukkk...atuukk..... macam Beyonce kerasukan hantu Marilyn monroe.. hehehe.. jgn marah yeh.. no joke no fun. Saya pun pernah begitu bah... isshh.. waktu orang kahwin di Limbanak.. disebabkan kena paksa minum lihing..atuuukk... naahh... the stage is mine kavagu dau.! Saya gelek begitu kuat sekali, kalau ada pokok nunuk disebelah saya..kena gelekkan saya..tumbang trus! Lepas terlalu siukkk.. menggelek (Inul would have been so proud of me).. saya dengan tidak ragu2 dan tidak terasa malu muntah di khalayak ramai!! Muzik tiba2 stop..mata semua memandang ke arah saya.. OK,.... saya ada dua choice kunun..pura2 pengsan supaya cover malu (dengan harapan lepas wedding tu semua orang akan mengingati saya sebagai orang yang pengsan di atas stage.)....atau senyum, lambai2 dan cakap 'eehh kamu ni..saya memang sengaja bah mo muntah tu'.. Well......

Anyway... KENTE Heat 3.. overall peningkatan yang baik. Saya bagi 4 BINTANG/ 5 STAR. Mana buli bagi 5 bintang... kita save it for Finals.. tengok jika ada ummpphh atau kejutan. To peserta Harry & Joy..well done!

No comments: